Thursday, December 15, 2016

Sejarah hidup pengasas shaklee yang terkenal di dunia

Kisah Orang Hebat ~

Dr. Forrest C. Shaklee dilahirkan pada November 1894 dan ketika beliau dilahirkan, beliau tidak menangis seperti bayi lain. Malah tubuhnya pucat dan biru. Hingga bidan dan doktor terpaksa membuat pelbagai usaha untuk stimulate pernafasannya.

Baby Forrest disahkan menghidap penyakit TB, dan doktor yg merawatnya menjangka beliau hanya boleh hidup sehingga 8 tahun saja.

Bayangkan sehingga ayah beliau dah give up & seolah-olah tunggu je anaknya meninggal.

Tapi Mak dia, yelah kasih Mak kan... Taknak give up. Mak dia tukar pemakanan mereka kepada herba-herba yang ada healing properties. Dia buat minyak herba dan urut satu badan di baby Forrest.

Akhirnya bapanya membawa mereka anak beranak berpindah dari kawasan perlombongan ke kawasan perkampungan di Iowa. Kat situ mereka lebih close to nature. Udara segar dan makanan yg fresh.

Mak dia terus usaha agar anak dia sihat macam baby lain. Walaupun anak dia tak bergerak-gerak, tapi beliau sangat positif. Hinggalah baby Forrest umur 4 tahun dan boleh bangkit dengan sendiri buat pertama kali!




Daripada ramalan hidup sampai 8 tahun je, Forrest menjalani zaman kanak-kanak dan remaja yang happy.

Forrest menghabiskan waktu membesarnya dengan menjadi seorang pemerhati dan pencinta alam kerana beliau sukakan alam sekitar.

Beliau kemudiannya bebas daripada TB ketika remaja tetapi kesihatan beliau masih lagi tidak begitu memuaskan.

Forrest memerlukan lagi usaha untuk menjadi lebih sihat. Beliau mula bersenam dan mengkaji perhubungan antara kesihatan tubuh badan, nutrien, gaya hidup dan pemikiran. Salah satu pegangan beliau adalah fikiran positif.

Forrest sangat meminati bidang chiropractic dan beliau ingin mengubati orang ramai menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Beliau kemudiannya mendalami ilmu chiropractic dan mendaftar masuk ke Plamer School of Chiropractic dibawah kelolaan B.J Palmer.

Berinspirasikan kisah hidupnya sendiri, Forrest rajin mengkaji kehebatan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Beliau mendapati kebanyakan masalah kesihatan berpunca dari masalah kurang nutrisi dan terlebih makan.



Pada usia 21 tahun, beliau mencipta satu produk nutrisi berasaskan tumbuh-tumbuhan dan pada tahun 1915 terhasilnya supplement pertama dunia iaitu Vitalized Minerals. Hasil kajian dan usahasama dengan saintis lain.



Dengan kemahiran chiropractic dan nutrisi yg beliau ada, Forrest berazam utk tolong orang yg sakit dan tak mampu datang jumpa beliau. Dengan kerjasama oleh Wilbur dan Orville Wrights, Forrest menjadi flying doctor pertama di kawasannya.

Forrest mula aktif mengubati pesakit dan memastikan pesakitnya mengambil diet yang kaya dengan vitamin. Klinik beliau berjaya tetapi sekali lagi Forrest sakit dan disahkan kanser berpunca daripada terdedah pada X-ray. Dan beliau dijangka tidak akan hidup lama.

Disebabkan itu tangan dan kaki kiri Forrest mungkin dipotong untuk mengelak daripada kanser itu merebak. 

Siapa yang hendak kaki dan tangan kudung? Disebabkan ini Forrest yang ketika sudah berkeluarga mengambil keputusan untuk menjual kliniknya dan fokus untuk kembali sihat. Beliau percaya dengan fikiran yang positif serta pemakanan yang sihat.

Antara motivasinya sbb dia nak terus berbakti, menyebabkan beliau pindah lagi ke kawasan ladang dan mula dgn regime pemakanan berasaskan herba & buah-buahan serta suplemen dengan kuantiti yg banyak.

Masa ni beliau membuat kombinasi 9 herba untuk detoks terhasillah Herb-Lax.

Pada tahun 1922, sakit beliau menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh setelah setahun mengamalkan gaya hidup bergantung pada bahan semulajadi.

Pada tahun 1924, Forrest sihat sepenuhnya dan membuktikan kepentingan nutrisi itu adalah penting kerana beliau sembuh daripada kanser dengan kuasa alam semulajadi. Tapi klinik yang dikunjunginya tak percaya ia adalah kerana menjaga pemakanan dan suplemen.

Forrest kembali buka klinik, dan menjadi "first drugless clinic". 5 tahun selepas tu, kliniknya terbakar, dan Forrest ubahsuai kenderaannya menjadi motorhome utk bawa keluarga pindah ke California. Kat situ beliau buka klinik dan sambung belajar.

Beliau kembali aktif mengkaji dan menganalisis tentang kepentingan nutrisi. Beliau membuka kembali klinik dan merawat pesakit seperti dahulu dengan formulasi makanan tambahan yang beliau buat.

Satu demi satu kejayaan yang Forrest dapat dan kemudian bergabung tenaga dengan anak-anak untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi.

Pada 1 April 1956 Shaklee Corporation mula beroperasi menjual produk makanan tambahan dan setiap pelanggan akan diberi pemahaman tentang nutrisi sebelum mereka menjadi pelanggan kerana Dr. Forrest mahu semua orang sedar tentang kepentingan nutrisi.

Bak kata Dr. Forrest pada anak-anaknya " We'll teach some and they'll teach other".

Dengan itu bermula kisah Shaklee mengorak langkah didalam dunia supplemen sehingga terciptanya pelbagai jenis vitamin untuk kesihatan orang ramai.

Semangat Dr. Forrest semasa beliau disahkan menghidap penyakit kanser memang perlu dipuji kerana terus berpegang teguh pada kepercayaan beliau yang nutrisi yang betul akan menyembuhkan penyakit. Beliau tetap menjalankan kajian serta penyelidikan walaupun sedang sakit.

Memang Forrest seorang yang cekal, bersemangat tinggi dan tidak mudah mengalah. Legasi beliau sedang diteruskan oleh ramai SID di seluruh dunia termasuklah kita. Bayangkan jika beliau sedih dan mengalah semasa disahkan kanser, padahal beliau sendiri doktor, beliau selalu membantu orang dan paling hebat, beliau telah mengeluarkan suplemen pertama pada masa itu!.
Tentu kita pun tidak kenal Shaklee pada hari ini!

Itulah kisah Dr Forrest Shaklee. Yang dilahirkan seolah2 macam dah mati, yang diramal akan mati sebanyak 2 kali. Sikap positif, taknak mengalah dan kembali kepada alam semulajadi, ciptaan Allah, menjadikan Shaklee terus berbakti.

Setiap kali kita baca tentang orang hebat apa yang kita dapat belajar daripada kisah mereka. Benda yang paling obvious adalah PENGORBANAN dan KESABARAN.



Itulah motivasi kita. Nak berbakti & berkongsi yang terbaik dan dibuktikan oleh sains. Bukan ikut cakap-cakap orang. Atau sebab nak bonus banyak dan jadi kaya. Semua tu akan datang juga bila kita buat dgn ikhlas dan Allah redha.

Alang2 hidup di dunia, biarlah meninggalkannya dgn pahala yang tak putus-putus.

Rujukan : Shaklee History 1894 - 1956 : A Fascinating History

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment